Kegiatan Badhrulhisham Abdul Aziz

Akademik

Badhrulhisham telah terlibat selama 23 tahun dalam dunia akademik di universiti awam dan swasta Malaysia. Beliau pernah menjadi Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa) Universiti Malaysia Pahang (2010-2013)[2] dan masih merupakan Profesor di Fakulti Kejuruteraan Kimia & Sumber Asli (FKKSA) Universiti Malaysia Pahang[3]. Beliau pernah menjadi editor bagi Ensiklopedia Kejuruteraan Kimia yang diterbitkan untuk julung kali dalam bahasa Melayu oleh Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia. Beliau juga pernah dilantik sebagai pemeriksa luar untuk tesis-tesis pascasiswazah, penilai luar untuk kenaikan pangkat ke Profesor Madya dan Profesor di universiti-universiti tempatan, dan menjadi panel penasihat beberapa persidangan/seminar kebangsaan dan antarabangsa.

Industri

Beliau juga terlibat selama 10 tahun bekerja di industri kimia (syarikat multinasional dari Amerika dan England, tempatan); menjawat beberapa jawatan dalam berbagai-bagai bahagian, antaranya sebagai Jurutera Kanan Proses, Pengurus Kualiti, Pengurus Keselamatan, Kesihatan dan Alam Sekitar (Rantau Asia Pasifik) dan Pengurus Besar (Operasi). Badhrulhisham pernah dilantik sebagai anggota Jawatankuasa Bioteknologi Negeri Pahang yang bertanggungjawab merangka Pelan Induk Bioteknologi untuk negeri Pahang, anggota Jawatankuasa Teknologi Hijau Negeri Kelantan yang bertanggungjawab merangka Pelan Induk Teknologi Hijau Kelantan, anggota Jawatankuasa Kajian Halatuju Pengajian Kejuruteraan Malaysia peringkat nasional, ahli Jawatankuasa Kerja Penubuhan Lembaga Pakar Teknologi Malaysia (MBOT), ahli Jawatankuasa Nadir Bumi, Akademi Sains Malaysia. ahli Jawatankuasa Terpilih Parlimen (PSC) Mengenai Isu Projek Lynas, Parlimen Malaysia, Penolong Persuruhjaya (Kehormat), Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM), Profesor Pelawat, Program Teknologi Kejuruteraan Kimia, UTHM dan Felo, Akademi Sains Malaysia.

Organisasi masyarakat

Beliau pernah menjadi Ketua Pegawai Eksekutif Interdisciplinary Research and International Strategy Institute (IRIS Institute) dan Ketua Biro Perancangan Strategik & Sumber Manusia, Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) 2017-2019[4]